Wednesday, 11 September 2013

JANTUNG TERSAYANG TERUSKAN BERDENYUT

JANTUNG UNTUK KEHIDUPAN

Jantung merupakan organ terpenting di dalam badan. Jantung berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung berdegup kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60-80 kali seminit.


FAKTOR-FAKTOR RISIKO SERANGAN JANTUNG
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol / lemak tinggi dalam darah
  • Obesiti
  • Kurang senaman / tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Diabetes
  • Stress
  • Merokok

SERANGAN JANTUNG BOLEH DICEGAH SEKIRANYA ANDA:
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Berhenti merokok
  • Belajar menangani stress
  • Periksa tekanan darah dan paras glukos darah secara berkala
  • Awasi paras kolesterol
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG
  • Sesak nafas
  • Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
  • Sakit yang mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  • Berpeluh dingin
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • Pening kepala dan loya

 KETAHUILAH
 INDEKS JISIM BADAN (IJB) ANDA
 UNTUK MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG

Formula:

IJB= BERAT BADAN (kg)
_________________________
TINGGI (m) X TINGGI (m)




0 comments:

Post a Comment

 

I Love my HEART

http://www.hearthealthinitiative.com/

Blogroll

About

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner