Info Kesihatan

1/2 Penduduk Dunia OBESE
MENURUT Dekan Kelas Kesihatan University Colombia, Amerika Syarikat, Linda Fried, 1.4billion orang dewasa mengalami berat badan berlebihan. Jumlah ini akan terus meningkat 20 tahun akan datang dan sekurang-kurangnya 50-60% penduduk dunia dewasa akan mengalami masalah ini. (Rujukan majalah iSIHAT April 2013).

Oleh itu sudah masanya untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan membuat keputusan untuk menurunkan berat badan mengikut berat yang ideal.Jika anda serius boleh terus hubungi saya Zakaria 012-463 6585 your Personal Waellness couch,untuk analisa kesihatan PERCUMA..

__________________________________________________


AIR & BERAT BADAN
Kenapa air penting dalam pengurusan berat badan?  Air juga mempengaruhi peratus berat badan manusia. Badan manusia mengandungi 60-70% air, jika jumlah air dalam badan manusia kurang daripada 60% dehidrasi akan berlaku dan bagaimana pula jika air berlebihan dalam badan?. Keadaan ini akan mempengaruhi berat badan manusia. Tidak semua masalah berat badan berpunca daripada lemak, kerana anda mungkin sedang mengusung air yang berlebihan tanpa anda sedari.
Puncanya adalah daripada tindak balas MAKANAN.
APAKAH PENYELESAIANNYA?
  1. Minum minuman herba yang bersifat diuretik contohnya teh herba dan jus buah-buahan yang membantu melancarkan pembuangan air kecil .
  2. Makan banyak buah-buahan segar.
  3. Kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan tingkatkan kadar protein.
  4. Minum banyak air semakin kurang risiko anda untuk mengalami pertambahan berat badan. (kajian oleh My Nutrition ke atas 37,000 individu).

KESIMPULANNYA
    Air diperlukan oleh tubuh untuk membuang bahan-bahan bertoksin yang dibebaskan oleh tisu lemak apabila ia dibakar. Dengan meminum 1.5 liter air sehari ia akan membantu mencairkan kandungan gula dalam darah. Inilah puncanya anda akan merasa dahaga selepas makan makanan yang manis atau makan malam yang berat. Sesetengah individu mengalami penurunan berat badan yang ketara kerana mengamalkan minum air sebanyak 2liter sehari. Cara yang terbaik minum 8 gelas sehari termasuk teh herba bukan kopi atau teh biasa. Teh hijau adalah lebih baik daripada teh biasa.

Entri ini disediakan oleh Zakaria Samsudin hasil dari bacaan sebuah buku yang bertajuk "KAWAL BERAT BADAN" tulisan Bahrin Samah.Untuk tahu lebih lanjut hubungi saya segera.

_________________________________________________________

 BANYAK LEMAK menyebabkan NAFSU MAKAN TINGGI.
INDIVIDU dengan kadar lemak badan yang tinggi cenderung mempunyai nafsu makan yang besar!.
 Kenyataan ini adalah berdasarkan hasil kajian sekumpulan peneliti dari Universiti College London yang mengumkapkan, lemak yang berlebihan dalam tubuh akan menghalang perlepasan hormon yang mengawal nafsu makan. Inilah yang menjadi punca individu yang OBES sukar untuk mengawal waktu makan walaupun makan dalam jumlah yang mencukupi, mereka masih merasa LAPAR. ( iSIHAT jul2013).Cubalah lihat disekeliling kita setiap hari kerana ramai individu yang mengalami masalah OBESITI. OBESITI adalah satu penyakit yang akan meningkatkan risiko penyakit KARDIOVASKULAR yang serius. Bantulah mereka untuk sihat dengan menangani masalah berat badan mereka.

 
 
 
_________________________________________________________________________ 

TEMPAT KERJA BERPOTENSI UNTUK GEMUK.???


  Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar. Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek. Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda. Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat.

KURANGKAN MAKANAN RINGAN
         Walaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang.

KURANGKAN TEH ATAU KOPI
    Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah.

MINUM BANYAK AIR MINERAL
         Walaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.

ELAK MAKAN MALAM
         Makanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.

ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
        Sukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda. Diharap dengan tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda dapat menjaga kesihatan tubuh badan anda. Selamat mencuba! Atau untuk dapatkan cara yang lebih mudah selamat dan menyihatkan saya tahu caranya....

0 comments:

Post a Comment

 

I Love my HEART

http://www.hearthealthinitiative.com/

Blogroll

About

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner